Putrajaya Terbakar


Assalamualaikum…
Sesaje aku post bende bukan politik plak 9 ramadhan ini..tetapi sesaja aku ini setidaknya meng’refresh semula ingatan kita dengan kejadian2 yang sering belaku disaat2 kita menyambut musim perayaan tak kira Hari Raya Aidilfitri, Chinese new year, depavali & sebagainya.Aku malas nak letak pic pic yang gambarnya orang rentung..rumah rentung..poket rentung..tetapi aku kenalkan/ingatkan korang dengan menda2 yang biasa korang lihat tetapi korang tak tahu guna/tidak ada menda2 ini..so untuk langkah pencegahan belakunya kejadian2 tidak diigini adalah lebih baik baca sedikit info ini untuk korang beringat ok…

Sorry about tajuk…



Definisi Kebakaran:
Kebakaran merupakan suatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran yang tidak terkawal, yang boleh membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi.Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan,kemusnahan,kecederaan atau kematian kepada manusia dan alam sekeliling.Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas pengoksidaan ataupun tindak balas kimia pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam tindak balas ini adalah bahan api,haba dan oksigen.Jika salah satu elemen tersebut tidak wujud maka kebakaran tidak akan berlaku.Hasil daripada gabungan tindak balas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu ”segitiga kebakaran”.


Faktor-faktor yg menyebabkan kebakaran:
– Permukaan haba
– Kadar haba
– Tiupan angin
– Suhu atmosfera & kelembapan udara
– Kelalaian manusia


“Teori Kemerebakan Api”
Terdapat beberapa cara api merebak termasuklah melalui pengaliran (conduction), olak   haba (convection) dan bahangan (radiation).


Jenis-jenis Alat Pemadam Api
a) Pemadam Api Jenis Debu Kering
b) Pemadam Api Jenis Gas (Karbon Dioksida)   
c) Pemadam Api Jenis Buih (Foam) 
d) Pemadam Api Jenis Air 


Prinsip Asas Memadamkan Kebakaran
Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku. Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur seperti haba,bahan api dan oksigen tadi daripada saling bertindak balas.Berikut adalah teknik-teknik yang boleh dipraktikan untuk memadamkan kebakaran:


a)Melaparkan (Starvation) : Memindahkan bahanapi / bahan mudah bakar yang belum terbakar ke tempat lain. Selain itu, memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu dengan menggunakan pemukul api (fire beater) kepada bahan api yang lebih kecil memudahkan lagi kerja-kerja pemindahan bahan api tersebut.


b)Melemaskan (Smoothering) :Proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen dalam kebakaran. Teknik ini dapat memadamkan api dengan kadar segera.


c) Menyejukkan (Cooling) : Bahan yang mudah mengeluarkan wap /gas terbakar apabila mencapai takat sambaran, oleh itu teknik penyejukkan ini adalah untuk mempercepatkan penurunan suhu kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.


Penggunaan Alat Pemadam Api (Serbuk Karbon)

1. Buka kekunci
2. Halakan muncung ke arah punca kebakaran.
3. Picit tombol penyembur.
4. Teruskan sembur sehingga api dpt dikawal.
5. Jika keadaan masih tidak boleh dikawal sila dapatkan bantuan.
(Simpan alat pemadam api di tempat yang selamat setelah digunakan..Sila hubungi pembekal untuk isian semula, Jangan guna tong yang sudah pernah digunakkan)



Jangan tak tahu ea..kebakaran bukan hanya rumah & hutan
KERETA juga


Dalam kereta anda ada tak menda alah (alat pemadam api) ini?
think it n do it now~



PALING PENTING!!!!!!!
Untuk kita mencegah sebarang kebarangkalian kehilangan nyawa 
Mende alah ini dilekatkan di siling rumah anda dan bila adanya sumber asap dia akan berbunyi beep beep beep dengan kuat so sempat la selamatkan nyawa dan harta benda….berapa ramai orang kaya kat malaysia install menda ine??

rm1++.00 je dengan nak dibandingkan dgn nyawa keluarga anda tersayang~

Beli dimana?jangan tanya aku,sebab korang duk kat mana pon aku tak tahu..aku bukan sale man 😛 cuba goggle jek k
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.