Racun-racun liberalisme dan pluralisme

Benar pendapat Ustaz Hazizi Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA yang mengatakan pendokong-pendokong Islam Liberal Malaysia tidak akan mengaku mereka adalah penganut fahaman tersebut, namun melalui kenyataan, isyarat dan tindak balas individu tersebut, kecenderungan aliran ideologinya dapat dikenal pasti.
Menurutnya, pendokong-pendokong Islam Liberal menyuntik ideologi mereka secara halus, menggunakan dalil Al Quran dan Hadis yang ditafsirkan mengikut logik akal bertujuan untuk mengelirukan atau menjerat golongan muda supaya bersama-sama menganut fahaman mereka.
Pengkaji Islam Liberal, Dr Adian Husaini juga memberi pendapat yang sama tentang modus operandi pendokong Islam liberal di Indonesia.
Menurutnya, pendokong-pendokong Islam liberal Indonesia menggunakan bahasa indah, berbaur Islamis, tetapi dalam masa sama turut disuntik racun-racun liberalisme dan pluralisme.
Dedahnya lagi, pendokong-pendokong liberal suka berselindung di sebalik sosok tubuh tokoh-tokoh terkenalsebagai daya tarikan umum. [SUMBER]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*