Rafizi : Abang Seorang Yang Mesra dan Peramah?! [Video]

Rafizi cuba pertahankan “Abang” beliau setelah digasak wartawan berkenaan Isu Main Keliling
“Saya sudah melihat video itu, ianya spekulasi dan berniat jahat, dan tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Ianya hanya satu andaian, beliau (Anwar Ibrahim) seorang yang mesra dan peramah dan semua orang boleh bercakap dengan beliau.”


Ungkapan kata di atas dilafazkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR pada 22 Mac 2013 yang dipetik dari laman MalaysiaDigest. 

Secara tersuratnya kenyataan itu bermaksud mempertahankan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tapi sedar tak sedar, ia seperti mengesahkan bahawa individu yang gaya cakapnya seperti seorang jantan gersang dalam video berdurasi 1.20 minit yang disiarkan oleh blogger PapaGomo sememangnya Anwar.




Ini sekaligus menafikan dakwaan penyokong pembangkang kononnya video itu telah diedit audionya (dubbing). Dengan pengakuan Rafizi ini berkemungkinan selepas ini para penyokong Anwar terpaksa mengolah alasan lain bagi menafikan video tersebut.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*