Rafizi Fitnah Anak DS Najib Razak?! #1MDB #KekalNajib

“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte” – Rafizi


PAC sahkan tiada penyelewengan, anak Najib tidak terlibat audit 1MDB


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila cubaan beliau memfitnah Perdana Menteri digagalkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan anak Najib tidak terlibat dalam audit 1MDB yang dibuat oleh firma audit, Deloitte.
Kata ahli Parlimen Pulai itu, anak Perdana Menteri, Nazir memang bekerja di firma Deloitte tetapi bukan di bahagian audit.

“Mereka jawab tadi, anak Perdana Menteri, Nizar telah bekerja dengan Deloitte sejak 2004, sepuluh tahun dahulu.

“Malah dia bukan bekerja di bahagian audit tetapi beliau bekerja di bahagian kewangan yang tidak terlibat dalam audit 1MDB,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Rabu.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa anak sulung Najib itu merupakan rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Rafizi berkata, kehadiran Nizar dalam syarikat itu kononnya akan menimbulkan konflik kepentingan dalam proses audit syarikat milik Kementerian Kewangan itu. – selangorpost

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*