Rafizi ‘hero kampung’???

Rakyat mulai mempersoalkan ketidak mampuan Pengarah Strategi PKR ini dalam menghidu kemasukan dana dari luar yang diterima dan diakui terima oleh NGO-NGO tempatan, yang jelas mempunyai agenda dan niat yang tersembunyi.

Sekurang-kurangnya Rafizi boleh diangkat sebagai hero jika mampu mengesan kemasukan dana dari luar terhadap NGO-NGO ini namun Rafizi tidak menunjukkan keupayaan sebenar dalam isu ini dan pada ketika saat yang diperlukan.
Begitu juga dengan kerosakan fungsi sistem radar pengesan beliau yang membabitkan isu wang RM40 juta, melompat dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada anaknya dan kini kepada seorang ahli perniagaan Cina malah terus melompat kepada seorang Menteri di Sabah.
Kemana menghilangnya kebolehan luarbiasa Pengarah Strategi PKR melakukan pemantauan serta kemampuan merekodkan video pergerakan anak Menteri ini ketika wakil-wakil kerajaan tempatan DAP di Selangor mampu melakukan ‘skim cepat kaya’ dengan helah menghantar penguatkuasa mengugut peniaga haram malah secara tiba-tiba menjadi ‘penyelamat’ dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh para peniaga haram ini.
Reputasi beliau sebagai ‘whistleblower’ semakin menjadi tandatanya malah berkemungkinan akan dipersoalkan jika masih berterusan gagal mengesan penyelewengan kuasa dan rasuah yang membabitkan kem pembangkang. Sudah tentu Rafizi tidak mahu bergelar ‘hero kampung’ jika hanya mampu mengesan bentuk penyelewengan musuh politik namun dalam masa yang sama menutup mata dalam soal membabitkan kem di sebelah sana.
Bagaimana Rafizi mahu diangkat sebagai calon ahli Parlimen jika reputasi beliau yang disifatkan sebagai berat sebelah boleh dipersoalkan rakyat?
Mungkinkah sistem pengesan radar ‘whistleblower’ ini hanya berfungsi untuk mengesan musuh-musuh tertentu namun gagal berfungsi apabila membabitkan soal rakan taulan dan sahabat handai. Perlukah Rafizi masih mahu menobatkan dirinya sebagai whistleblower’ namun dalam masa yang sama terlalu banyak sampah sarap hanyir dibawah karpet disebelah sana. Lagi…SINI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*