Rahsia Puaskan Isteri

Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).


2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.


Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah disenaraikan 7 sebab tu.
Persoalannya sekarang ialah (soalan untuk para suami) ;

Adakah anda benar-benar menghargai isteri anda selama ini? Apakah yang anda lakukan bagi membuktikan bahawa anda sememangnya menghargai isteri anda?

Kepada para isteri, jangan ingat suami saja kena hargai anda. Cuba tanya diri anda ;

Apakah selama ini anda sudah benar-benar memainkan peranan anda sebagai seorang isteri yang baik? Cuba muhasabah diri, layakkah anda dihargai suami sedangkan anda sering culas dan cuai dalam melayani suami anda sendiri???

Sekian, sama-sama lah kita bermuhasabah diri.

INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.

2. Mendengar dan mentaati suami.


3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.


4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.


5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.


6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.


7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.


8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.


9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.


10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*