Railwaymen Union of Malaysia (RUM)

Pasca Pilihan Raya Umum (PRU – 14) yang telah selesai hampir 10 bulan yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sedang berusaha memulihkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) bagi memastikan setiap GLC memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan termasuk syarikat – syarikat dimana kerajaan adalah pemilik mereka. Salah satu dari syarikat yang dimiliki oleh kerajaan adalah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ramai pihak tahu bahawa prestasi KTMB adalah tidak begitu baik. Hampir setiap tahun KTMB mencatatkan kerugian akibat beberapa faktor luaran dan dalaman syarikat. Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah di dalam KTMB terdapat kesatuan sekerja yang pada pendapat kami menjadi penghalang kepada kemajuan serta program transformasi yang cuba dibawa kerajaan Pakatan Harapan keatas KTMB. 

 

Kesatuan sekerja yang kami maksudkan adalah Railwaymen Union of Malaysia (RUM). Mungkin ramai pihak tidak sedar, namun baru – baru ini, kerajaan telah megenakan syarat baru kepada penjawat awam iaitu Penjawat awam melebihi Gred 48 tidak dibenarkan menyandang jawatan dalam pergerakan kesatuan sekerja berikutan wujud percanggahan kepentingan. Kami di #KLChronicle sebenarnya amat bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini. 

Memetik kata – kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar:

“Gred 48 sahaja, ia terhenti di situ (penyertaan kesatuan sekerja) kerana peluang kenaikan pangkat selepas itu akan menyebabkan mereka terbabit dalam pentadbiran dasar.

“Oleh itu, mereka dengan sendirinya terhalang daripada memegang apa-apa jawatan kerana ia percanggahan kepentingan sebagai penjawat awam dan ahli kesatuan sekerja,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542870/penjawat-awam-gred-48-ke-atas-dilarang-sertai-kesatuan-sekerja

Keputusan yang diambil oleh Datuk Mahfuz Omar adalah sangat tepat dan membuktikan bahawa Kesatuan Sekerja sebenarnya tidak memberi apa – apa faedah kepada syarikat mahu pun kerajaan. Malah, penyertaan pekerja didalam kesatuan sekerja juga akan mewujudkan percanggahan kepentingan yang akan memberi implikasi negatif kepada syarikat dan kerajaan.Cuma kami berharap, keputusan ini juga dikenakan ke atas pekerja KTMB dan seterusnya membubarkan RUM.

Kami di #KLChronicle juga telah mengambil peluang untuk melihat sendiri “perjuangan” RUM di dalam KTMB dan apa yang kami jumpa amat mengejutkan pihak kami. Kami telah melihat posting – posting Facebook RUM di laman berikut:https://www.facebook.com/pres.rum dan alangkah terkejutkan nya kami RUM ini dilihat hampir setiap hari cuma “mencari pasal” dengan pengurusan KTMB serta pihak kerajaan. 

Antara yang menarik minat kami adalah serangan RUM terhadap Railway Assets Corporation (RAC). Kami telah mempunyai beberapa maklumat dalaman dan kami akan mula melakukan posting dalam beberapa hari lagi bagi mendedahkan muslihat RUM yang cuba menganggu pelan yang dibawa Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam membangunkan aset – aset yang dimiliki RAC. 

Stay Tuned!!

P/s : Kepada saudara Razak Presiden RUM, rajin – rajin lah melayari blog kami. Terima Kasih!

Kredit :  #KLChronicle