Raja Gopal: Tahyul atau karma???


Kalau 2 tahun dulu orang ini yang menyumbang kepada kejayaan pasukan negara, maka 2 tahun selepas itu, muka yang sama itu jugalah yang diberi peluang bermain. Tahyul atau karma penulis tidak tahu.


Sedangkan sudah banyak yang berubah dengan para pemain tersebut, dengan ada diantaranya mengalami pelbagai masalah tersendiri seperti rumah tangga sehingga menjejaskan mutu permainan masing-masing.
Tapi Rajagopal gagal melihat masalah ini dan memperjudikan maruah negara dengan membariskan para pemain yang semakin merosot kualiti permainannya. Ambil contoh Zakuan Abdul Razak, pemain ini berehat panjang kerana kecederaan, tapi entah kenapa Rajagopal masih memilihnya sebelum menyingkirkannya akibat masalah kecederaan setelah perlawanan dengan Bangladesh.
Maka itu, penulis tidak langsung terperanjat kalau Rajagopal mengekalkan hampir keseluruhan muka yang sama dalam menghadapi persiapan kelayakan Piala Asia nanti. Alasan klasik ialah mengekalkan persefahaman pemain.
Ini semua mudah dibaca, semudah jurulatih pasukan lawan membaca strategi permainan Rajagopal yang tidak berubah dari satu perlawanan ke satu perlawanan dalam pertandingan Piala AFF yang lepas.
Sepatutnya, kemerosotan keyakinan peminat terhadap mutu bolasepak negara, di kekalkan pada Rajagopal dan segelintir pemainnya sahaja. Jangan sampai FAM pula yang menjadi sasaran kerana gagal melihat keseluruhan senario masalah yang sedang melanda sukan bolasepak kita. [Seterusnya]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*