Rakyat Johor Dipertontonkan Kebodohan PR

Pertelagahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor merupakan isyarat jelas supaya rakyat tidak memilih pakatan pembangkang kerana ia akan menimbulkan ketidakstabilan ekonomi negeri.

Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa pertelingkahan di antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Chen Hau dan rakan sejawatnya daripada PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng bukan satu perkara baharu atau mengejutkan.
“Perkara ini, sudah lama berlarutan sejak Chua dilantik sebagai Pengerusi PKR Johor dan kedua-dua mereka sebenarnya berebut kerusi Parlimen Gelang Patah kerana berpendapat bahawa kerusi berkenaan adalah kerusi selamat untuk pembangkang.
“Walaupun Parlimen Gelang Patah kini diwakili anggota Parlimen Barisan Nasional, Tan Ah Heng, DAP dan PKR berpendapat bahawa mereka mampu menawan kerusi itu disebabkan faktor pengundi Cina,” katanya hari ini.
Pada masa sama, kata Jur Jazlan, Dr Boo yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai sudah lama mengintai untuk menjadi calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.
Bagaimanapun kata beliau, keinginan Dr Boo itu tetapi tidak mendapat persetujuan daripada Chua.
Nur Jazlan yang juga Pengerusi UDA Holdings berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Boo hari ini, yang menuduh Chua menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan DAP Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata rakyat Johor perlu sedar pakatan pembangkang selama ini, tidak pernah bersepakat dalam soal pembahagian kerusi dan kenyataan Dr Boo itu jelas membuktikan pertelingkahan sesama mereka amat serius.
Katanya, jika dalam soal pembahagian kerusi, pakatan pembangkang tidak boleh bersepakat bagaimana pula mahu berbincang mengenai soal dasar atau ekonomi jika dipilih membentuk kerajaan nanti.
“Saya yakin rakyat Johor bijak membuat penilaian ini dan mereka sedar bahawa hanya BN yang benar-benar mampu memberikan kestabilan dan kemakmuran kepada negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, BN negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman banyak membawa perubahan kepada Johor dan antaranya, adalah Iskandar Malaysia yang kini, menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*