Ramalan populasi bagi Penang adalah dua juta menjelang 2020

GEORGE TOWN 17 Dis. – Pasaran harta di Pulau Pinang mungkin melihat pertumbuhan kukuh antara lima dan 10 peratus tahun depan, kata Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA), Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Jerry Chan Fook Sing, berkata pasaran ini akan didorong oleh aktiviti perniagaan berterusan dan aliran pelaburan asing ke negeri itu.

Beliau berkata, pasaran harta di Pulau Pinang akan kekal rancak dengan permintaan yang melonjak untuk rumah berikutan pekerjaan yang lebih banyak ekoran pelaburan asing serta populasi yang meningkat.


“Ramalan populasi bagi Pulau Pinang adalah dua juta menjelang 2020, oleh itu lebih banyak rumah diperlukan. Kira-kira 12,000 rumah dijangka dibina setiap tahun sehingga 2020,” kata Chan kepada satu sidang media di sini hari ini. 


Chan berkata, urus niaga harta di Pulau Pinang pada 2013 mungkin merosot dengan belian berhati-hati menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Bagaimanapun, harga tidak mungkin merosot berikutan peningkatan kos tanah dan bahan binaan,” katanya.

Chan berkata, permintaan harta akan kekal rancak dengan kadar faedah kekal rendah walaupun Bank Negara Malaysia telah mengetatkan syarat pinjaman perumahan. — [Sumber]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*