Rasiskah perjuangan membela bangsa dan Negara ?


Sebenarnya Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan, bukan kerana termaktub dalam perlembagaan tetapi kerana sudah menjadi darah daging sejak turun temurun sebelum wujud perlembagaan lagi.

Dalam Islam memang terdapat tuntutan perjuangan mempertahankan Negara dan Bangsa. Perjuangan mempertahankan bangsa dan tanahair tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan ianya bukan rasis, bahkan perjuangan yang bersifat global, buktinya Melayu pernah diterima dunia sebagai bangsa yang pernah membina empayar di Nusantara dan dunia mengakuinya.


Berkaitan dengan bangsa terdapat keterangan dalam Al Quran Surah Al-Hujuraat Ayat 13… maksudnya…


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Ayat diatas menerangkan bahawa Allah sengaja mengujudkan pelbagai bangsa di atas muka bumi ini, tujuannya supaya manusia dapat berkomunikasi untuk faedah masing –masing, bukan bertujuan untuk bergaduh dan berpecah belah serta membina blok blok tersendiri. Nilai terbaik bagi sesuatu bangsa itu ialah mereka yang bertaqwa. Orang bertaqwa hanya terdapat dalam agama Islam.


Selian itu, kita juga wajib menerima bahawa Allah swt mengakui wujudnya bangsa bangsa didunia ini, Allah swt sendiri mengujudkan bangsa-bangsa yang mempunyai banyak hikmah disebaliknya.


Tetapi yang termulia (bertaqwa) hanya wujud di kalangan bangsa yang berpegang dan beramal dengan agama Islam serta berakhlak mulia. Ertinya,tanpa mengira bangsa, dengan syarat menganut Islam dan beramal dengan ajarannya, maka jadilah ia bangsa dan golongan terbaik dan termulia. Dalam konteks di Malaysia, Melayu adalah beragama Islam.


Selain Quran, terdapat hadis yang menganjurkan agar mempertahankan bangsa. Rasulullah saw bersabda, maksudnya..”Sebaik baik kamu ialah orang yang mempertahankan suku dan bangsa, selagi tidak dalam perkara melakukan dosa (yang menyalahi peraturan dan undang-undang)”. Hadis Riwayat Abu Daud.


Hadis ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan membela bangsa di atas jalan kebenaran tidak dianggap berfahaman assobiyah yang salah. Ini kerana maksud assobiyah yang dilarang ialah mempertahankan bangsa di atas jalan kezaliman .


Sabda Rasulullah saw…maksudnya.. “Assobiyah itu ialah jika kamu membantu kaum kamu di atas kezaliman dan di atas jalan yang salah”

Hadis Riwayat Abu Daud.


Firman Allah swt…Surah Al-Baqarah..ayat 177.


“……..dan (tanda orang benar benar beriman dan bertaqwa ialah) memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta………


Ayat ini, Allah swt menyebut “kerabat” terdekat dahulu yang utama diberikan harta, ertinya mengutamakan keluarga atau suku atau bangsa sendiri yang terdekat hubungan dengan kita, kemudian baru disebut anak anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*