Rasuah Kini Berkurang?!


Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) semakin diiktiraf negara dunia apabila hampir 500 peserta dari 49 negara termasuk anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta rantau Asean menyertai latihan serta pembelajaran mengenai pencegahan rasuah di akademi tersebut tahun lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaffar berkata MACA akan bekerjasama dengan Akademi Anti-Rasuah Kebangsaan yang berpusat di Vienna, Austria untuk mengetengahkan modul pembelajaran yang lebih berkesan mengenai rasuah.
“Modul yang diajar di sini (MACA) ialah Sarjana Pengajian Anti Rasuah. Enam modul lain diajar di Vienna, Austria,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Keselamatan di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kasim Mohamed.
Zakaria berkata modul pembelajaran di negara ini adalah lebih baik kerana MACA mempunyai kelebihan dari segi praktikal, fasiliti serta kepakaran dalam bidang penyiasatan.
Seramai 69 pelatih menamatkan kursus tiga bulan itu yang dianjur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antara lain, mereka bertanggungjawab mengiringi suspek, pengurusan lokap, pengambilan cap jari, pendaftaran orang yang ditahan serta penyempurnaan sapina.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*