Razali Ibrahim Bidas Pemuda PAS Pusat!

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mencemuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin Selasa lalu, sebagai sesuatu yang menyedihkan.


Beliau berkata kenyataan pemimpin sayap kanan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam membuktikan beliau tidak matang dan terperangkap dalam kejumudan.
Katanya kunjungan Perdana Menteri bukan berunsur politik tetapi bertujuan membantu negara Islam yang sentiasa ditindas Israel.
“Nasrudin perlu melihat lawatan itu sebagai wakil negara secara keseluruhannnya, bukan melihat pada kacamata sempit semata-mata kerana beliau (Najib) adalah pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma, Jalan Temenggung di sini hari ini.
Razali berkata Nasrudin mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berfakta malahan dikuasai perasaan emosi serta berbaur politik semata-mata.
Beliau sedih kerana Ketua Pemuda PAS Pusat itu hanya ingin mencari populariti tanpa berusaha membawa perubahan dalam kepimpinannya yang sangat diharapkan oleh anggota sayap kanan parti itu.
“Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat cakap, selama 26 tahun jadi Menteri Besar (Kelantan) dia belum nampak lagi pelapis yang boleh mengambil alih tempatnya,” kata beliau.
Razali berkata langkah Perdana Menteri melawat negara Islam itu harus dihormati kerana dilakukan seorang pemimpin negara ketika rakyat Palestin memerlukan sokongan saudara seagama mereka dari seluruh dunia.
Demi Islam, perpaduan dan sokongan Malaysia terhadap rakyat palestin, kenapa perlu PAS menempelak Perdana Menteri Malaysia?Najib mewakili Malaysia, Bukan parti politik..tapi kenapa tiada suara PAS yang berani menempeleng mat sabu yang menyokong syiah syria? – Ds

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*