REBIRTH : Ratusan Laporan Polis Seluruh Negara

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa polis telah diarahkan membuat siasatan berhubug sebuah rekaan grafik pada kulit sebuah buku yang didakwa menghina jata negara. Menurut Hamzah juga, polis turut diarahkan untuk mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

 

 

Katanya, Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa meniru lambang yang serupa lambang kerajaan persekutuan, iaitu jata negara.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tidak patriotik dan bertanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, timbalan pengarah bahagian Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan sedang menjalankan siasatan. Memetik laporan Harian Metro hari ini beliau berkata, mana-mana pihak yang dipercayai terlibat dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Terdahulu, Pemuda Umno, Pemuda PAS, Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi membuat satu laporan polis berhubung lakaran pada kulit sebuah buku yang dilaporkan menghina Jata Negara.

Laporan polis tersebut dibuat keatas penerbit buku berjudul Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia. 

Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri

Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri Johor Baharu juga telah membuat Laporan Polis Terhadap Kebiadapan Kean Wong kerana mempersenda Lambang JATA NEGARA. Pihaknya menggesa agar pihak berwajib dapat Mengambil tindakan tegas dan pantas kerana Isu Ini mencabar Kedaulatan Negara.

Pemuda UMNO dan PAS Kluang

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang telah membuat laporan Polis di IPD Kluang berkaitan Penghinaan Jata Negara melalui buku yang diterbitkan oleh Ilham Books bertajuk Rebirth : Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia.

Mengesa PDRM mengambil tindakan tegas perlu diambil kepada penerbit Ilham Books tiada rasa hormat dan semangat patriotik kepada Negara Malaysia. Siasat dibawah Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang yang serupa Lambang Kerajaan Persekutuan, Jata Negara.

Diharap pihak Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan tidak patriotik dan bertanggungjawab ini. – Syed Hussien Al-yahya, Pemuda UMNO Bahagian Kluang.

Pemuda UMNO Hulu Terenggganu

Laporan Polis terhadap hasutan Kean Wong melalui buku ‘Rebirth, Reformasi, Resistance and Hope in Malaysia’. Pemuda UMNO Hulu Terengganu menggesa agar penerbit, penulis dan pengedar buku ini dikenakan tindakan keras oleh pihak berwajib. Buku ini mendedahkan sikap kebencian Kean Wong terhadap negara dan tiada nilai patriotisme di dalam diri. Mohon bertindak! – Tengku Haphiz Tengku Putera, PEMUDA UMNO Terengganu.

Wakil laporan Polis dari UMNO SISWA dan MCA SISWA

[PERSENDA MARTABAT JATA NEGARA : YANG BIADAP PERLU DIHUKUM SEGERA !]

UMNO SISWA bersama rakan mahasiswa iaitu MCA Siswa dan juga wakil mahasiswa PBRS telah membuat satu laporan polis di IPD Serdang, Selangor tengahari tadi berkenaan isu penghinaan Jata Negara yang telah tular di media massa bermula semalam.

Laporan yang dibuat tadi telah diketuai oleh Saudara Izzat Hakim selaku Pengerusi UMNO SISWA UKM yang turut disertai Saudara Ray Ming, Pengerusi MCA Siswa dan juga saudara Yillson Yanggun, mewakili mahasiswa PBRS.