RM200 Janji Baru Khalid?!

Nampaknya tuan lusing khalidlempoyang nak bermain dengan janji lagi? Usaha yang cuba ditunjukkan untuk mengambil hati rakyat terutamanya golongan belia dengan memberi wang geli-geli rm200 boleh dikatakan usaha yang baik dan kita patut bersyukur tapi….Janji lama tu apa cerita? Muda-mudi hari ini dah muak la dengan permainan sigagap tua nie…



“Mulai minggu depan, golongan belia yang berkahwin pada Januari tahun ini dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan yang diberikan Kerajaan Negeri.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, borang permohonan boleh didapati di Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri bagi mendapatkan insentif sebanyak RM200 itu.
Katanya, anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif itu yang berupa wang simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan bagi bukan Islam akan diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).” – Sumber

Daeng rasa insentif ini tak berapa bagus tapi..kenapa tidak fikirkan apa yang lebih baik dari ini..RM 200 tu kalau diberi kepada Ibu tunggal rasanya manfaatnya lebih besar, golongan muda yang berkahwin rasanya RM200 tak banyak membantu…Kalau RM2000 tu ok la leh buat bayar upah orang memasak 🙂

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*