RM207 Bilion Mangsa Perang : Jepun Beri Amaran


Tuntutan RM207 Bilion Mangsa Perang : Jepun Desak Malaysia Siasat Penyebar Fitnah.

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Dakwaan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu akhirnya mendapat maklum balas tegas dari Jepun .
Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah , kerajaan Jepun meminta Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu . 
Perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan Jepun kepada Malaysia. Datuk Seri Ahmad Husni juga memaklumkan pihak yang terbabit juga telah memalsukan memo yang dikeluarkan pegawai perbendaharaan negara.
Nizar dalam laman ‘twitter’ beliau seolah-olah cuba memberikan respon berhubung perkara ini dengan mengeluarkan ‘posting’ yang dilihat agak terpesong dengan kenyataan asal beliau mengenai pampasan berjumlah RM 207 billion .


alt



Artikel Penuh:  KLPOS


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*