RM4000 Dijanjikan Oleh Pakatan Aiskrim

Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat di negara ini meningkat kepada RM4,000 sebulan selepas parti itu berjaya menakluki Putrajaya untuk penggal pertama.

Peningkatan pendapatan itu merupakan salah satu Manifesto PR daripada empat teras utama yang digariskan oleh parti itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima akan menubuhkan Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika PR ke Putrajaya.
“Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan,” katanya.
Tambahnya, PR akan turut memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastkan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat.
“Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan,” katanya.
Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif swasta.
“Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang,” katanya – KLPOST
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*