RM407.9 juta Dilupuskan?!

Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003.

Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas.
Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf.
“Pihak kami juga sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada bulan lalu mengenai 4,300 graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi belum membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM116 juta.
Menurutnya, PTPTN mengalu-alukan graduan cemerlang memohon pengecualian bayaran balik hutang pinjaman pendidikan sebagai penghargaan atas kegigihan mereka selain galakan kepada pelajar lain.
Artikel Penuh: Kosmo

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*