RM500 Denda Rakyat Kelantan Kerana Tidak Bermain Ular?!

“Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam(MPKB-BRI), semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis. Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI,Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dantamat pada jam 1 petang.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga dikali lima tanpa lesen dikenakan denda RM 500 maksimum di bawah undang-undang kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah seksyen 10 (d) 1983 pindaan 1987.

YangDipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM 70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempatyang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu. –  Sumber 


Pencacai akan cakap ini isu lapuk. Memang lapuk tapi apa kena dengan Nik Aziz ini cakap tak serupa bikin?Pakai t-shirt dedah aurat DENDA…main ular dedah aurat?!SOKONG?!!!!

BERANI…Puteri mencium ular tedung selar sepanjang empat meter sebagai penutup tirai persembahannya di Muzium Kelantan, semalam.

Dengan memegang dua ular sawa, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu tampak ceria kerana dapat menghabiskan ujian tinggal bersama 100 ular berbisa sebelum keluar dari bilik kaca jam 10 malam semalam.

Bagaimanapun, dia membuat kejutan kepada lebih 300 penonton apabila secara spontan mengambil masa kira-kira lima minit untuk mencium ular tedung selar berbisa berukuran kira-kira empat meter.

Mengimbau detik persembahannya sepanjang sebulan di muzium terbabit, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, banyak pengalaman manis dan pahit ditimba sepanjang tempoh berkenaan.

“Memang banyak pengalaman pahit dan manis, tetapi paling tidak dapat dilupakan ketika pengsan mengadakan pertunjukan di sini, baru-baru ini. Kejadian itu antara cabaran perlu dihadapi sebelum dapat mencipta rekod.

“Mungkin orang ramai beranggapan saya pengsan dipatuk ular, tetapi sebaliknya saya keletihan kerana seharian terpaksa berada di bilik berkurung. Nasib baik ular tidak serang dan alhamdulillah Tuhan selamatkan saya,” katanya yang tinggal di bilik kaca berukuran 10 x 10 meter itu bermula 6 Julai lalu.

Dia teruja dan bersemangat apabila melihat orang ramai menantikan kemuncak cabaran tinggal bersama ular berbisa sejak sebulan lalu.

Semalam Puteri membuktikan kemampuan sebenarnya.

“Ketika keluar, hati saya berdebar-debar, lebih-lebih lagi terpaksa mencium ular berbisa yang saya tidak pernah ada pengalaman menyentuhnya, apatah lagi masih berbisa,” katanya sambil menambah, kesan patukan ular terbabit boleh membawa maut.

Dia yang pernah mengadakan pertunjukan di seluruh tanah air serta luar negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun berkata, perkara pertama dilakukan selepas selesai persembahan mahu bertemu dua cahaya matanya dan suami, Mohd Saiful Abdul Aziz, 26.

“Kehidupan saya selepas ini macam biasa, kalau boleh ada permintaan buat program sama selepas ini. Kadangkala teringatkan anak juga, habis sebulan sambung sebulan. Dua anak masing-masing seorang di Perak dan Kedah.

“Lagipun untuk terbabit dalam aktiviti seperti ini, kita kena betul-betul tabahkan diri. Saya pun ada keluarga dan kena betul-betul fikir benda positif dan tidak boleh negatif,” katanya.- hmetro


PUTERI NUR ARYANI bermain dengan ular-ular berbisa pada Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Keberanian seorang gadis, Puteri Nur Aryani Saiful Yuzah, 24, tinggal bersama 100 ekor ular berbisa menarik perhatian pengunjung Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 di Perbadanan Muzium Kelantan di sini.
Pameran anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan itu berlangsung selama sebulan bermula kelmarin.
Puteri Nur Aryani beraksi dengan tinggal bersama ular dalam bilik kaca berukuran kira-kira empat meter persegi selama 12 jam sehari bermula pada pukul 9 pagi hingga 10 malam.
Menurut gadis berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, penyertaannya dalam pertunjukan tersebut sebagai latihan untuk mencipta rekod dunia pada awal tahun depan.
“Semasa bersama ular tersebut, saya cuba mendalami secara lebih dekat kehidupan reptilia berbisa itu,” katanya di sini semalam. kredit: sumber
Kutip la duit tiket ULAR’MAK PAS membohong besar…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*