RM6.3 billion Untuk Laluan Tentera Bawah Laut?

Ikut akalnya kita memang sedia maklum depa nak mendominasikan perairan selat melaka dengan membuat pelbagai keperluan demi kepentingan yang mencurigakan. Jika dibina terowong ini boleh kiranya DAP menyedut atau membawa masuk apa sahaja dari bawah permukaan laut…jeng jeng jeng…sibuk sangat dengan hal bawah laut..Manifesto tol tak mansuh..rumah rakyat miskin tak buat..

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Huan Cheng Guan menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung pembinaan projek mega terowong bawah laut yang bernilai RM6.3 billion.

Contoh terowong bawah laut di London
Beliau percaya projek ini mempunyai udang disebalik batu kerana pemberian projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 adalah tidak telus dan amat mencurigakan.
“DAP cakap projek pembinaan terowong ini dilakukan kerana ianya diminta oleh 1.6 juta orang. Saya rasa dia sudah gila… Penduduk Pulau Pinang mana mencapai jumlah tersebut. Buktikan bahawa ianya diminta oleh 1.6 juta orang.
“Pulau Pinang sebenarnya tidak memerlukan pun terowong ini. Cukup dengan dua buah jambatan. Daripada dia membazir duit untuk projek yang tidak pasti ini adalah lebih baik duit tersebut digunakan untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.
“Rumah mampu milik adalah lebih penting daripda membina terowong. Saya juga berasa hairan, daripada mana hasil wang yang mereka dapat untuk projek ini. Sebab itu saya amat mendesak agar SPRM dapat campur tangan dan menyiasat perkara ini,” katanya kepada UMNO-Online.
Tambah Cheng Guan, dia berasa hairan mengapa DAP tidak mengutamakan perkara yang lebih penting kepada rakyat. Adakah kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka maka keperluan rakyat dipinggirkan.
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan cadangannya untuk mewujudkan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar. Projek yang bernilai RM6.3 juta ini dilihat tidak relevan berdasarkan keperluan semasa.
Projek yang diragui ketelusan ini telah mendapat bantahan daripada beberapa pihak kerana ianya diberi kepada syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan di samping kemampuan kewangan yang diragui.
Walaupun Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuat kenyataan dan menafikannya namun tiada bukti yang dikemukakan bagi menyokong kenyataan DAP itu.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*