RM600 Untuk Bumiputera????

Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperuntukkan RM600 juta dalam usahanya memperkasakan lagi usahawan-usahawan Bumiputera, sekaligus melonjakkan penglibatan mereka ke arena global.

Ketika mengumumkan dana tambahan itu, Perdana Menteri berkata RM400 juta akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Sebanyak RM100 juta akan dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pembangunan korporat bagi pertambahan ekuiti Bumiputera,” katanya sebelum merasmikan Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013 di sini hari ini.

“Sementara itu, RM100 juta akan diberi kepada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bagi membantu usahawan Bumiputera mendapat lokasi strategik di pusat membeli belah ternama bagi memasarkan jenama antarabangsa,” katanya. Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kenaikan had pinjaman kepada usahawan di bawah kendalian MARA dan Tekun daripada RM50,000 kepada RM100,000.
Selain itu, beliau juga turut menaikkan had pembiayaan di bawah kendalian MARA daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*