Royalti Minyak : Husam Musa Sempadan Laut

Setelah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Datuk Mustapa Mohamed memberi penjelasan berhubung persempadanan negeri berkaitan isu royalti pengeluaran petroleum yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Kelantan, akhirnya Exco Kelantan, Datuk Husam Musa tampil dengan jawapannya.


“Rakan-rakan kita dari UMNO dan Barisan Nasional masih dalam kepompongnya mengedarkan risalah-risalah haram yang menunjukan kononnya tuntutan Kelantan ini tidak berbangkit berasaskan tidak ada sempadan laut,” kata Husam.


Kemudian, Husam menunjukkan minit mesyuarat sebagai bukti untuk mengukuhkan tuntutan kerajaan negeri itu.

“Jadi sempadan Kelantan dan Terengganu telah pun dikenal pasti sejak tahun 1987, walaupun BELUM DIGAZETKAN,” kata Husam lagi.


Lantas, Gelombang Merah menempelak jawapan Husam itu dengan berkata, “Jika belum digazetkan, maka tiadalah sempadan laut negeri dari dahulu hingga kini.” 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*