Rumah Perak – agensi kerajaan saman pembangkang jika difitnah

Zambry arah agensi kerajaan saman pembangkang  jika difitnah

Kenyataan Salman Saleh
 Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama memakan diri.Peribahasa diatas diberi makna baru kerana di Perak sejak kebelakangan ini, isu fitnah dan manipulasi bagi mencari pengaruh oleh puak-puak pembangkang mengatasi hukum akal.Rakyat seolah-olah diperbodohkan dengan pelbagai pembohongan dan manipulasi yang dibuat oleh mereka yang konon memperjuangkan agama lslam dan ingin menjadikan Malaysia sebuah negara lslam.Makin dekat PRU ke13, makinlah banyak isu-isu yang disifat fitnah dan bohong dijaja.Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir keciwa dengan gelagat pihak pembangkang.Selain fitnah dijaja dipentas-pentas ceramah, parti-parti pembangkang berani mengeluarkan kenyataan yang kemudian dipetik oleh media rasmi mereka seperti Harakah atau Harakah online.Sebagai contoh isu Rumah Perak di Pulau Pinang disiarkan oleh Harakah Online minggu lepas.Ia menjadi berita yang paling popular pada hari itu mengatasi berita-berita mengenai kerajaan pusat. Seterusnya…

RUMAH PERAK DI BATU FERINGGI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.