Sabah Alami Gempa Bumi 5.4 Skala Richter – MET Malaysia

Penduduk sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran selama beberapa saat kira-kira jam 11 pagi pada hari ini. (Ahad 31 Jan 2021)

Dalam kenyataan awal Pihak PDRM Sabah. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak mengakui keadaan sedikit gempar ketika ini di daerah berkenaan.

“Saya sudah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Sipitang dan beliau mendakwa terdengar bunyi letupan kuat dari arah Lawas, Sarawak.

“Saya juga berhubung dengan polis Labuan tetapi bom lama yang ditemukan sebelum ini juga sudah dimusnahkan,” katanya.

Kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia

JMM/POCGN(O)/BK-27B

Ruj. kami: JMM.APL15/442/19 JId (62)/(13)
Dikeluarkan pada pukul 5:54 petang, 31 Januari 2021

MAKLUMAT GEMPA BUMI
Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut :
Waktu Kejadian : 5:44 petang, 31 Januari 2021
Koordinat: 5.7° Selatan 133.8° Timur
Lokasi: Rantau Kepulauan Aru, Indonesia
Magnitud: 5.4 skala Richter
Jarak : 610km Tenggara dari Sorong, Indonesia
Kedalaman: 10 km

Penilaian :
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Sumber :