Sah! Lajim Ukim Kena Kencing Hidup-Hidup?!

Pakatan telah membuat keputusan. Gabungan PAS-PKR-DAP tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti atau entiti tempatan Sabah untuk menentang Barisan Nasional. Tiada lagi perbincangan mahupun rundingan dengan mana-mana parti tempatan.

Dengan kata lain, Lajim Ukim yang begitu bercita-cita besar untuk menjadi Ketua Menteri Sabah, akhirnya ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim. Dan pada masa yang sama, akan berlaku pertembungan pelbagai penjuru dalam PRU13 di Sabah melibat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan parti-parti tempatan yang tidak menganggotai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Meskipun Anwar Ibrahim secara berkias menyatakan bahawa Bumburing dan Lajim Ukim yang masing-masing menerajui Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perubahan Sabah, namun apabila membabitkan Anwar Ibrahim, jawapan akhirnya ialah PENIPUAN dan TIPU PERDAYA.


Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang berada dalam keadaan yang sangat tertekan di Sabah ekoran pendedahan demi pendedahan yang mengaitkan Anwar dan Pakatan dengan pencerobohan lanun-lanun Sulu.

Sabah merupakan deposit terbesar yang menentukan kemenangan mana-mana parti politik yang bertanding pada PRU13 akan datang. Sebuah lagi negeri adalah Sarawak. Namun berdasarkan kepada senario semasa, Pakatan Rakyat hampir mustahil untuk menawan Sarawak memandangkan prestasi ahli-ahli politik Pakatan di Sarawak, amat menjengkelkan dengan sebahagian besar ADUN dan Ahli Parlimen DAP, hanya ada muka tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka.

Berbanding Jeffrey Kitingan dan Yong Teck Lee dengan Bumburing serta Lajim Ukim, pengaruh Presiden STARS dan SAPP itu jauh lebih besar. Pun begitu, Anwar tidak dapat membenarkan Jeffrey dan Teck Lee dibiarkan mengatasi Pakatan sekaligus menjadi ancaman kepada survival Pakatan Rakyat sendiri.

Yang sahih, tipu muslihat Anwar Ibrahim untuk menguasai Sabah sebagaimana yang dirancang bersama-sama lanun Sulu, semakin tertera dan semakin jelas!!! – Theflyingkick

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*