Salleh Yaakub Bukan Kafirkan Orang

Fenomena Salleh Yaakub yang lebih dikenali 10 Insan istimewa dan cukup popular dicorong radio SINAR.FM dengan panggilan abg SY, Daeng nak share skit la pendapat daeng dengan tindakkan beliau mengkritik sandiwara MANIFESTO bersama pelakon Nabil Ahmad dalam video humor yang menyentuh hati penyokong fanatik pencacai pembangkang mengutuk beliau seolah-oleh Salleh Yaakub telah mengkafirkan atau menyentuh sensitiviti umat islam khususnya.Siapa makan cili dia la rasa pedehnyeeeee….

Daeng nak tanya mana suara pencacai, mahukah hendaknya deme mengkritik “ustazah express” yang diselar oleh beberapa penceramah agama seolah-oleh apabila golongan penyokong pembangkang menempelak dan meroyan tak tentu hala?

Daeng nak tanya mana suara pencacai, Bila amanat hadi masih belum ditarik balik kerana amanat tersebut masih berlegar-legar dikepala masyarakat islam hari ini di Malaysia terutama penyokong kuat PAS..

Daeng nak tanya mana suara pencacai duk kutuk SY tu bila ramai nyanyuk solat kiblat tungganglanggang di HKR112???

Daeng nak tanya mana suara pencacai..mahukah mereka2 yang mengutuk SY tu kutuk tindakkan Ngeh & Pactrick yang hari ini selamat dalam pelukkan ulama PAS..Umat islam buang masa..Persoal Al-Quran dan aurat???


Terkejut juga dengar cerita penghibur terkenal Salleh Yaakub membuat keputusan menarik diri dari dunia hiburan hanya kerana lakonan berkesannya dalam cerita pendek Bangkang Dari Longkang yang tersebar di Youtube sekarang mendapat kritikan penyokong pembangkang.

Budak-budak pembangkang ni bodoh, apa diambil pusing sangat cakap depa tu, bukan ada kesan apa pun.

Lagipun, inikan negara demokrasi, suka hatilah artis nak sokong mana parti atau nak berlakon dalam apa sketsa pun, asal saja tidak melanggar undang-undang negara.

Yang abang Salleh dengar sangat cakap budak-budak tu buat apa? Depa tu bukan ada otak pun. Kalau artis sokong depa, bukan main lagi sanjung dan puji, siap letak gelar-gelaran yang baik-baik lagi. Kalau yang agak-agak tak sokong tu, cepat saja nak maki.


So, jelas sangatlah tindakan seumpama ini hanya kebudak-budakan saja. Apa nak ambik pusing sangat abang Salleh ooi….

Penulis rasa, sia-sia saja bakat yang hebat tu dikorbankan kerana tekanan yang tidak seberapa macam ini. Itukan cara abang Salleh cari rezeki, apa yang nak ambil berat sangat? Hanya sebab depa terasa abang Salleh ambil keputusan nak berundur diri dari dunia hiburan ke?

Ramai lagi artis yang terlibat dengan Bangkang dari Longkang tu, takde pulak penulis lihat mereka ni tertekan dengan lakonan mereka dalam sketsa tersebut!!

Selain dari Bangkang Dari Longkang inipun, berapa ramai yang declare mereka sebagai ahli UMNO, apa tak terjejas pun pendapatan mereka disebabkan itu? Apatah lagi dalam sketsa ni, bukan ada sebut mana-mana parti politik pun.

Sebetulnya, budak-budak ini terasa sebab lakonan abang Salleh tu memang ada kesan. Mana mereka tak sakit hati, kebenaran datang depan mata. Pemimpin depa janji macam-macam, tapi buatnya satu atau dua saja, itupun bukan semua merasa.

Sebab itu depa angin!! Ini belum jadi kerajaan pun, dah pandai nak boikot dan tekan orang yang tidak sependapat dengan diaorang, kalau dah jadi kerajaan agaknya, mahu wujud concentration camp masa zaman Nazi dulu.

Benda macam ni biasalah abang Salleh, budak-budak punya kerja pun. Yang abang Salleh nak ikutkan sangat tu buat apa? – mykmu.net
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*