“SATAN” Yang Lebur Jutaan Ringgit Wang Rakyat? #SADDIQsapotlokal

Apa Cerita RM50 juta Untuk NGO Youth Power Club?

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa agar menyiasat dan mengenalpasti siapakah pihak menerima dana RM50 juta yang diberi melalui Youth Power Club ketika beliau menyandang jawatan Menteri Belia Dan Sukan dibawah pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Sejumlah RM50 juta diperuntukkan adalah bertujuan bagi melaksanakan program-progam berkaitan belia di seluruh negara bagi tahub 2019 dan 2020. https://suaramerdeka.com.my/siasat-rm50-juta-dana-youth-power-club/

Bagaimanapun, peguam dan penganalisis politik, Saudara Adnan Seman pernah mengesa agar SPRM menyiasat perbelanjaan dana itu kepada siapa dan apakah status penyiasatan kes tersebut yang kini seolah olah NFA (no future action) setelah suspek kes ini telah beralih sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (Selepas Pakatan Harapan telah tumbang pada 24 Feb 2020 lantaran perebutan kuasa diantara BERSATU (Mahathir) dan Parti Keadilan (Anuwar Ibrahim).

Terdahulu pihak SPRM pernah menjelaskan berkenaan penahanan Bendahari Armada Parti Bersatu, Rafiq Hakim Razali bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bendahari-armada-bersatu-ditahan-sprm-nafi-bermotifkan-politik-245514

Apa status Dana RM5 Juta

Sejumlah RM5 Juta telah diluluskan PM Mahathir untuk NGO pada 15 Mei 2019 sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara. [Sumber : Peruntukan berbentuk geran untuk program ‘Youth Power’]

 

Ketua Pemuda ARMADA pada ketika itu, Syed Saddiq (menggunakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan) telah mohon dana khas bagi NGO – Youth Power Club (YPC) diketuai Presidennya Rafiq Hakim Razali (Bendahari ARMADA). Dia berjaya mendapatkan kelulusan sebanyak RM 5 Juta dari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang pada ketika juga merupakan Pengerusi BERSATU / Pakatan Harapan. [Sumber Surat]

Sehingga hari ini kes kes ini masih tidak diketahui perkembangannya yang menariknya baru baru ini Syed Saddiq telah membuka sebuah fancais Restoran Santan. Restoran Santan ini dipelopori oleh Tony Fernades [sumber https://www.theedgemarkets.com/article/airasia-aims-open-100-santan-franchise-stores-q1-2022


Nampak tidak ada apa yang luas biasa seorang businessman berurusan dengan orang Politik? Untuk .pengetahuan para pembaca hubungan antara Tan Sri Tony Fernandes dan Syed Saddiq  terjalin semasa Syed Saddiq telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Tony Fernandes menerima lantikan sebagai pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia – sebuah jawatan yang sudah tentu mempunyai pengaruh yang besar dalam industri sukan negara. [Sumber]

Adakah penglibatan Syed Saddiq sebagai rakan niaga francais Santan adalah untuk “membersihkan” wang yang beliau sempat mengambil daripada Kementerian Belia dan Sukan? Dan berselindung dengan slogan sokong produk lokal sedangkan Tony Fernandes selama ini menjana kekayaan dengan mengoperasiakn Air-Asia dinegara jiran. 



Syed Saddiq sebelum ini jelas terlibat dengan beberapa skandal penyelewengan dana di Kementerian Belia dan Sukan, di mana SPRM telahpun menyiasat Syed Saddiq dan ahli Armada Bersatu yang lain untuk siasatan berkaitan dengan “kehilangan” wang dari rumah beliau yang berjumlah sebanyak RM 250 ribu. [Sumber]

Persoalan yang bermain dibenak fikiran rakyat terutama para belia yang dicanangkan akan menikmati manfaat dari dana tersebut sebelum ini, Apa yang telah terjadi dengan  dana kerajaan sebanyak RM 50 juta untuk projek-projek di bawahnya. [sumber]

Di manakah semua wang tersebut? Adakah kesemua wang itu akan disalurkan ke francais SATAN @Santan Syed Saddiq yang kemungkinan merupakan salah satu taktik penggubahan wang haram?