“SAUDARA DERHAKA” NIZAR JAMALLUDIN DITAHAN POLIS

“SAUDARA DERHAKA” NIZAR JAMALLUDIN DITAHAN POLIS
JOHOR BAHRU: Polis menahan pengamal paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein, 46, yang juga pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berkaitan kenyataannya yang didakwa memfitnah dan memburukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, malam kelmarin.
Dalam tangkapan pada jam 9.45 malam itu, Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, ditahan bersama seorang wanita berusia 26 tahun di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.



“Suspek ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Viva bersama wanita terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 susulan laporan yang kami terima pada 13 Jun lalu,” katanya di sini, semalam.

Uncle Seekers ditahan

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.