SAYA SELALU SEMBAHYANG SUPAYA NEGARA MALAYSIA DI TERIMA MUSIBAH DAN PERANG

SAYA SELALU SEMBAHYANG SUPAYA NEGARA MALAYSIA DI TERIMA MUSIBAH DAN PERANG SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.YA ALLAH YA TUHANKU ENGKAU BERI MUSIBAH KEPADA NEGARA MALAYSIA SEPERTI ENGKAU TURUNKAN MUSIBAH SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.AMIN.

Tersentak aku, aku ingat dia ini warga Malaysia (islam) rupanya…hehehehe
Kesian, Orang thailand dengki dgn kemakmuran Malaysia
Dan cubaan kasi idea yang membodoh2kan diri sendiri???
Musibah di Negara Jepun dan Libya
PERBEZAAN ANTARA JEPUN DAN LIBYA

  • JEPUN : Diuji dengan ujian yang di luar kawalan manusia biasa iaitu bencana alam gempa bumi dan tsunami. Ia memang tidak boleh dielakkan atau ditangguhkan sama sekali.
  • LIBYA : Diuji dengan ujian yang boleh dikawal oleh manusia iaitu demonstrasi untuk menjatuhkan pemimpin nombor satu negaranya. Mungkin ia boleh ditangguhkan sehingga ke pilihanraya umum yang akan mereka hadapi kelak.

  • JEPUN : Hasil dari ujian tersebut, pertolongan datang mencurah-mencurah sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga manusia. Namun, pihak kerajaannya hanya menerima bantuan dalam bentuk kewangan sahaja dan belum lagi memerlukan bantuan dalam bentuk tenaga manusia.
  • LIBYA : Hasil dari ujian tersebut, pertolongan datang mencurah-curah juga tetapi dari Tentera Bersekutu Barat. Siap dengan peluru berpandu dan jet pejuangnya sekali. Walau kerajaannya menolak, Barat tetap hendak memasuki negara ini atas dasar ” melindungi orang awam”

  • JEPUN : Walau ujian yang mereka terima sangat berat, rakyat mereka tetap berdisiplin dan tabah hadapi dengan redha akan ujian ini. Tidak kedengaran mereka berdemonstrasi kerana tak cukup makanan jauh sekali hendak berebut makanan. Mereka seakan-akan sudah disiapsiagakan untuk hadapi ujian ini
  • LIBYA : Memang mereka juga terima ujian, tetapi ujian ciptaan mereka sendiri. Keluar berdemontrasi untuk menjatuhkan pemimpin negara akhirnya bercakar sesama saudara sendiri. Akhirnya bukan kiriman makanan yang mereka terima, tetapi bala tentera dari negara Barat yang rakuskan emas hitam mereka.

  • JEPUN : Mereka pasti akan bangkit sebagai gergasi Asia tanpa bantuan orang luar. Walau ekonomi mereka sedikit terjejas, diyakini mereka akan bina semula apa yang pernah mereka lahirkan dahulu dalam masa yang cukup singkat..Kita tengoklah nanti..
  • LIBYA : Adakah mereka akan bangkit???? Atau mereka akan hadapi situsi dalam bentuk penjajahan baru seperti dialami saudara mereka di Iraq dan Afghanistan ??? Pemimpin mereka telah digula-gula oleh pemimpin Barat ??? Kita tengoklah nanti…

Semoga kita ambil iktibar akan kejadian yang berlaku ke atas dua negara ini dalam selang masa yang begitu singkat..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.