Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan” – Hadi Awang

Teterbukaan Rais Yatim berkenaan suara hati Mr.Hardy nak masuk TV hehe..Tapi memandangkan ini mengamalkan kebebasan media harus diingat TV tu bukan semua stesyen TV 100% hak kerajaan. Dari dulu 30 dah kenapa sekarang nak melancut nak masuk TV?sepatutnya Hardy sendiri menerangkan AMANAT HADI tu sendiri kepada penyokong dia, rata-rata rakyat malaysia bukan pakai pon amanat macam tu yang fanatik dan pro-menyondol gila babi jek ikut.

Biarlah hadi nak masuk TV kalau boleh Hardy leh perjelaskan pendirian beliau dan PAS sendiri isu PAS menyokong anarki,  isu tanah kelantan kepada DAP, Isu Nurul Izzah, Isu Peliwat dijadikan khalifah dan banyak lagi isu yang boleh diperjelaskan kepada umum. Berkenaan amanat hadi tu elok dia buat ceramah untuk penyokong dia yang sendiri dah tertahyul dek amanat tu – Daeng Selili


KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan”
– Hadi Awang
Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
“Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.
“RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV,” kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.
Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.
Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.
Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
“Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah,” jelasnya.
Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.
“Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM,” katanya. –Sinar

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*