Sejarah PAS : Pan Malayan Islamic Party


Saya dah beberapa kali terbaca nama PAS disebut sebagai PASPISPUS. Malah ada seorang pengomen tu suka guna nama samaran Paspispus

Bunyinya macam mengejek tapi mungkin ramai yang tidak tahu PASPISPUS adalah satu ayat yang merujuk kepada sejarah PAS ! 
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.
Sekarang digelar PAS padahal kalau ikut nama panjangnya PIS Persatuan Islam Se-Malaya, dan kalau ikut nama asalnya PUS Persatuan Ulamak Se-Malaya. Jadi …….. errr …. tak salah lah mereka yang mengajuk PAS PIS PUS !
Sekurang2nya PASPISPUS boleh mengingatkan generasi muda akan sejarah penubuhan Pas…. errr … kan ?
Tapi yang lebih tepat, asalnya nama Pas adalah Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 …. huh ? Tak disebut pun dalam laman web resmi Pas seperti yang saya copy diatas ? Acu tonton video pendek Ustaz Kamal Saidin dibawah. 
Dari mana datangnya A dalam PAS ? A merujuk kepada perkataan apa ? Kenapa tidak disebut akronim yang lebih tepat – PIS ?
Ejaan jawinya juga kena ubah !




 Dah alang2 belajar sejarah akronim Pas, cuba ambil tahu pulak sejarah lambang Pas – KLiK
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*