Sejarah PDRM 206 Tahun [Gambar & Video]

Hari ini merupakan sambutan Hari Polis yang ke-206 sejak ia ditubuhkan pada 1807. Sambutan ini bertujuan menghargai jasa-jasa yang telah ditabur oleh setiap anggota Polis di-Raja Malaysia (PDRM) sejak dahulu sehingga kini. Sungguhpun ia tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan setiap anggota polis, namun ia merupakan satu pengiktirafan yang tidak terhingga kerajaan dan rakyat.

Sambutan hari Polis kali ini bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’. Ini kerana PDRM sentiasa penuh dengan komitmen dalam menjalankan tugas mereka, meski pun terpaksa berkorban nyawa dan kehidupan mereka sendiri untuk rakyat negara ini.
Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya.
Pihak kolonial ketika itu memanggilnya dengan panggilan “Auxiliary Police” atau Polis Bantuan. Keanggotaannya ketika itu terdiri daripada masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan bulanan. Auxiliary Police atau Polis Bantuan dan Polis hari ini adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan kuasanya.
Sejarah PDRM dan Pasukan Sukarelawan Polis
25 Mac 1807
Pegawai British pertama menjadi ketua polis berpangkat Sheriff.
1825 – 
Penubuhan Burglar Guard di Melaka bagi mengawal keselamatan pelabuhan dan persekitarannya ketika itu.
1856 – 
Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan dan wujudlah Straits settlement of Police.
1874 – 
British meluaskan jajahan takluknya di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Pahang, serta melengkapkan negeri – negeri tersebutu dengan pasukan polisnya.
1896 – 
Penubuhan pasukan Polis negeri – negeri Tanah Melayu.
1946 – 
Malayan Union digagaskan, dan Polis Tanah Melayu di tukar nama kepada Polis Malaya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur.
1948
Polis Malaya ditukar nama kepada Federation of Malaya Police.
1948 – 
Darurat di Tanah Melayu, menyebabkan penubuhan Kawalan Keselamatan Kampung, Sukarelawan Polis dan juga Polis Bantuan bagi menjaga keamanan negara dan juga aset – aset pihak British sehinggalah tamatnya darurat.
1956 – 
Police Volunteer Reserve (PVR) ditubuhkan secara rasmi lanjutan dan rentetan kecemerlangan dan jasa – jasa dari peristiwa darurat dan bagi tujuan pengawasan wujudlah Police Volunteer Regulations 1956.
1957 – 
Auxiliary Police (AP) atau Polis Bantuan telah dimansuhkan oleh PDRM.
24 Julai 1958 – 
DYMM Yang Dipertuan Agong memberi gelaran Di Raja (Royal).
16 Sept 1963 – 
Negara Malaysia ditubuhkan dan semua pasukan polis di Sabah, Sarawak, Singapura, dan negeri-negeri di Semenanjung digabungkan menjadi satu pasukan polis sahaja.
1965 – 
Polis Singapura keluar dari pasukan kerana negara tersebut menjadi Republik yang berasingan dari Malaysia.
1967 – 
Akta Polis 1967 diwujudkan selepas Singapura keluar dari Malaysia dan telah di draf pada Tahun 1965. Akta tersebut setelah mendapat perkenan DYMM Agong ketika itu menggunakan perkataan DiRaja kepada Pasukan PDRM (Tetap), Sukarelawan Polis dan Polis Simpanan (bekas Pegawai Kanan PDRM bersara sehingga umur 60 tahun) – Rujuk akta.
1970 – 
Polis Bantuan telah diwujudkan semula dengan objektif yang berbeza berbanding tahun 1948, dan pada awalnya hanya syarikat – syarikat atau badan berkanun ekuiti kerajaan sahaja yang layak menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri.


Kejayaan PDRM Banteras Krisis & Jenayah

Dari dulu hingga kini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengiktiraf kejayaan pihak PDRM yang berjaya menyelesaikan pelbagai krisis dan jenayah yang pernah melanda dalam negara kita. Tidak kira sejauh mana kritikal satu-satu situasi tersebut, PDRM masih lagi mencuba mencari jalan bagi memastikan krisis tersebut berakhir dengan selamat tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah.
Perlu bagi kita untuk mengetahui beberapa siri krisis yang pernah berlaku dari dahulu sehingga kini supaya dapat dijadikan iktibar dan pengajaran agar tidak mudah meremehkan jasa bakti pihak polis. Walaupun ketika ini terlalu banyak tohmahan dan kata-kata keji dilemparkan kepada pihak polis, penghujungnya pasti khidmat dan pertolongan pihak polis yang diperlukan.

Peristiwa 13 Mei 1969
pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969″ merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dikatakan parti DAP yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Tindakan tersebut telah membangkitkan rasa kemarahan dalam kalangan orang Melayu hingga mencetuskan pergaduhan besar dan berlakunya huru-hara. Banyak orang Melayu dan Cina terbunuh kerana rusuhan ini. Ini menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat dan menubuhkan Majlis Tindakan Negara (MAGERAN).
Ketika Mageran ini polis dan tentera bekerjasama memulihkan keamanan dengan sentiasa bersiap-sedia dan berkawal di sekitar Kuala Lumpur sehingga akhirnya berjaya memulihkan keamanan negara.
Polis Malaysia Atasi Penjenayah Antarabangsa – Japanese Red Army

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kecekapan anggota polis sekali lagi diuji pada 1975 apabila negara digembarkan dengan kemunculan Japanese Red Army (JRA) atau ‘Tentera Merah Jepun’.
JRA dikenali juga sebagai Anti-Imperialist International Brigade (AIIB), Briged Perang Suci dan Barisan Demokratik Anti Peperangan. Diasaskan oleh Fusako Shigenobu, seorang wanita Jepun.
Pada 1970-an kumpulan ini banyak melakukan serangan dan pembunuhan di seluruh dunia. Tujuan perjuangan JRA ialah menghapuskan kerajaan Jepun dan sistem monarki di Jepun dengan melancarkan revolusi di seluruh dunia sejak September 1969.
Pada 4 Ogos 1975, sejarah telah mencatatkan peristiwa yang pahit buat rakyat Malaysia apabila 5 pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) ini telah menawan tingkat 9, Bangunan AIA (American Insurance Associates). Dalam keadaan itu juga kelima-lima pengganas itu turut menawan 53 orang awam.

JRA bertindak sedemikian kerana mahu memaksa Jepun dan Sweden membebaskan tujuh rakan mereka yang ditahan di kedua-dua negara tersebut. Di sini sekali lagi kecekapan anggota polis Malaysia yang diketuai oleh Zaman Khan. (Luangkan masa anda menonton video ini)

Peristiwa Memali 1985

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*