Sekolah Mula Dibuka 2020

Ramai yang masih menantikan keputusan pihak kerajaan dalam menentukan jalan terbaik untuk rakyat Malaysia menjalani kehidupan normal yang pernah sebelum ini dinikmati oleh kita semua.

Antara hal yang hebat menjadi persoalan hebat adalah ‘bilakan sekolah akan dibuka semula’ walaupun teknologi maklumat yang serba canggih hari ini, masih ada lagi rakyat berkira kira mahu menghantar anak ke sekolah sedangkan umum tahu yang mana vaksin bagi CORONAVIRUS COVID19 ini belum lagi ditemui.

Hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang sedang tersebar luas di aplikasi WhatsApp berhubung jadual sesi persekolahan ketika ini (Mei 2020).

Sehubungan itu, KPM menerusi laman rasmi Facebook hari ini memaklumkan sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi kementerian berkenaan sahaja.

Kandungan takwim yang tular itu antaranya menyatakan sekolah menengah akan mula dibuka mulai Jun ini, sekolah rendah (Julai), manakala pendidikan khas, prasekolah dan tadika direhatkan hingga Disember depan.

sumber

***ADMIN NASIHATKAN Jangan mempercayai SEMBORONO sebarang sebaran di sosial media, sila rujuk dengan laman web/Fb rasmi dan pihak yang berwajib dalam setiap persoalan/isu yang sedang tular. Klik dengan bijak!