Selangor Bakal Diserahkan Kepada Pembangkang Disana?!

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menyelesaikan permasalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang meneraju empat buah negeri ini. Bukannya bermimpi dan menggunakan ceramah-ceramah fitnah bagi mengambil alih Putrajaya. Anwar dilihat seolah-olah lupa bahawa Pakatan Rakyat sedang mengalami pelbagai masalah. Semakin hampir PRU13, semakin banyak pekung terbuka, timbul dari sikap pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Dengan sikap gelojoh ingin menawan Putrajaya, Anwar lupa pengikut-pengikutnya semakin ramai berpecah-belah dan sudah beralih arah.

Bagaimana Anwar boleh yakin bahawa pembangkang boleh mengambil-alih Putrajaya dari kerajaan sedangkan mempunyai masalah meletakkan calon-calon mereka untuk menjadi wakil rakyat seterusnya sebagai menteri. Sejak pembubaran Parlimen kita masih kabur lagi sama ada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bertanding atau tidak untuk PRU13 nanti.
Sekiranya bertanding,bagaimanakah pula dengan Azmin Ali yang kita tahu bahawa sejak dahulu tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Khalid Ibrahim? Azmin sendiri akan bertanding di Parlimen Gombak dan perebutan kerusi menteri Besar Selangor telah disedari sejak Pakatan memerintah Selangor.Seterusnya…
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*