Selangor Bakal Kembali Guna Air Telaga

Krisis air Selangor bukan lagi rahsia,  seluruh rakyat Malaysia tahu betapa sukarnya bagi penduduk di negeri yang berkepadatan sebanyak 6 juta orang itu. Malah jutaan pendatang asing tanpa izin yang mendiami negeri Selangor secara haram juga memburukan lagi keadaan kerana belakunya kecurian air bersih (oleh pendatang haram duduk rumah setinggan) yang secara tidak langsung menjejaskan pendapatan syarikat pembekalan air tersebut. Lembah Klang antara kawasan yang sangat teruk terjejas dan perkara ini sewajarnya diambil perhatian kerana Lembah Klang sebuah bandar yang menjadi tumpuan pelabur asing kerana disitulah Kuala Lumpur. Ibu Negara Malaysia.

Alasan yang sebelum ini diberikan oleh SYABAS – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Ahli Kumpulan Air Selangor) kepada rakyat berkenaan isu air ini adalah kehadiran bahan asing (pencemaran) di dalam air yang dikesan di sungai sungai yang menjadi sumber utama bekalan air mentah syarikat bekalan air itu. Malah kilang kilang haram yang sah terus dibenarkan beroperasi tanpa memikirkan masalah yang bakal belaku pada jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia dan ekosistem Sungai Selangor dan Sungai Langat yang berterusan dicemari dengan hasil buangan kilang haram yang sah ditebing sungai sungai itu.

Mengapa admin tulis ‘Kilang haram yang sah’?

Sze Han berkata terdapat lebih 2,000 kilang haram beroperasi di negeri ini termasuk 322 buah di daerah ini (Subang). “Program pemutihan kilang haram kurang mendapat sambutan jadi kita menggesa pemilik supaya mendaftarkan kilang mereka dan menukar syarat guna tanah supaya ia boleh beroperasi secara sah,”

baca sini : https://selangorkini.my/2020/01/kilang-haram-ditawar-diskaun-30-peratus-bayar-premium/

Kita lihatlah Sungai Klang telah mengalami kemusnahan yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita semua terutama Kerajaan Negeri Selangor. Sungai Klang didalam laporan yang dikeluarkan oleh agensi sebelum ini setiap hari kotoran seperti sampah dan enap cemar yang dikeluarkan daripada sungai ini mencecah sehingga 10 tan.

 

Telaga bakal ganti sumber air mentah

Apabila masalah tiba munculah pelbagai alternatif yang cuba menyelesaikan masalah air ini tanpa memikirkan apa yang pihak Kerajaan Negeri buat adalah salah dan tidak boleh diterima seperti membenarkan kilang haram terus beroperasi asalkan membayar premium dan cukai. Perbuatan ini seolah olah menghalalkan sungai sungai ini dicemar walaupun tahu akibat pada masa akan datang ia meninggalkan kesan kemusnahan yang kekal terhadap punca sumber air mentah dinegara ini.

Admin tidak mahu mempertikaikan idea daripada Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang memberikan cadangan agar meneroka sumber air bawah tanah sebagai sumber alternatif yang di kongsikan di dalam https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/745199/air-bawah-tanah-boleh-jadi-sumber-bekalan-alternatif tetapi kita harus melihat apa yang bakal terjadi sekiranya manusia berleluasa mengeluarkan air dalam tanah yang menjadi penyejuk pemukaan kerak bumi ini. Cuba lihat kembali apa yang telah terjadi di Jalan Imbi Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Mengapa tanah mendap ini boleh belaku? Hal ini belaku kerana didalam kerak bumi ini adanya rongga rongga kosong dan ada juga yang dipenuhi air bawah tanah. Seandainya penerokaan air bawah tanah berleluasa untuk memenuhi kehendakan pemintaan yang tinggi dengan mencari jalan penyelesaian yang mudah.

Kawasan tanah mendap ini disekelilingnya (radius kurang 5 km) dipenuhi banggunan banggunan pencakar langit seperti Berjaya Times Square, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (PDRM), Menara Merdeka PNB 118, MENARA Tun Razak Exchange (TRX) dan banyak lagi.

Bayangkan apa akan belaku dimasa hadapan sekiranya Kerajaan menggunakan air dalam tanah secara meluas pasti ia akan menjejaskan kestabilan tanah di negara ini. Ya, Mungkin telaga air yang dicadangkan akan dibuat jauh daripada pusat bandar dan kediaman manusai, walaubagaimanapun akhirnya nanti telaga telaga air bawah tanah pasti akan dibuat berdekatan lantaran penjimatan kos dan kerakusan syarikat kapitalis (milik individu tertentu) mahu mengaut keuntungan mudah tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersama sama memelihara sungai sungai dan sumber air dipermukaan ini dengan bijaksana bukannya menyelongkar sumber lain yang akhirnya kita akan kehabisan sumber air pada masa akan datang.

Selamatkan sungai kita. Bukan ikut telunjuk kilang haram..