Selangor: Tolong Kami Bantu Kami!!!

“APA MALANG NASIB KAMI, BANTULAH KAMI YB! DI MANAKAH KAU MENGHILANG”?

Khalid Gagap Gila
Ramai yang kata, tak ada elektrik tak apa…jangan tak ada air. Ini menunjukkan penggunaan air lebih penting dalam kehidupan seharian kita. Apa tidaknya urusan membersihkan diri, makan, minum dan sebagainya semuanya memerlukan air.

Apa sudah terjadi dengan SYABAS? 
Semakin hari semakin teruk. SYABAS di bawah pengurusan yang majoritinya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, kenapa sampai jadi macam ni sekali. Mana MB Selangor yang katanya hebat dalam mentadbir Selangor selama 4 tahun ini, Bdr Tun Razak jadi kering kontang sekarang nie. Mana anda wahai MB Selangor??
Masalah air di kawasan Bdr Tun Razak menjadi semakin serius. Mana Ahli Parlimen dikala rakyat merana ambil air ke hulu hilir. Jenis manusia yang berhati perut langsung ker, kata PKR menjaga setiap kebajikan rakyat?? Apalah nasib rakyat di Bdr Tun Razak, pembaca lihatlah video di link bawah nie luahan hati rakyat sendiri

Kisah Penuh:
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*