Monday, November 18, 2019

Selangor umum RM1.63B, Tapi sekupang pon tak citer pasal bonus

“Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.” 

Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.
Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?
Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.
Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.
Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.
Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?
Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?
Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati. Seterusnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Leave a Reply