SHABERY CHEEK Beramah Mesra Kassim Mustafa,Penang!!

Bertempat di restoran nasi kandar Kassim Mustafa Pulau pinang pukul 9.mlm, gua berkesempatan bersama dalam program ni, kehadiran belia mencecah 200 orang, memang mengujakan kerana majlis berlangsung dengan penuh meriah…

Antara tetamu VIP yang hadir adalah menteri belia & sukan YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK, Ketua Pengarah Jabatan Belia Negara Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim, Pengarah Belia & Sukan En. Zakaria Bin Kasa & juga pegawai2 kanan Belia & Sukan. 

Paling memeriahkan majlis adalah kehadiran dua pelumba Negara HAFIZ SYAHRIN (MOTO2) & NABIL JEFFRI (Formula 3).

Ternyata kejayaan mereka menjadi kebanggaan belia2 malaysia terutama belia yang hadir di program ini. Pagi ini mereka semua akan hadir di 

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN JABATAN BELIA & SUKAN NEGERI PULAU PINANG. Berbagai acara akan di adakan di majlis ini…  untuk siaran video secara live anda boleh melawati atau KLIK DISINI..


DS- Bagi yang berdekatan dengan lokasi ini dijemput hadir sama memeriahkan lagi suasana majlis perasmian ini : GAMBAR LAGI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*