Sharifah Zohra – Mengapa tiada protes seks bebas?

Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk S Ambiga dituduh sebagai seorang anarkis apabila membawa budaya huru-hara yang tidak berasaskan undang-undang di Malaysia kata Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M)

“Ambiga Sreenevasan yang hebat ialah pencetus anarki di Malaysia,” kata Presiden SWIM, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, 8 Disember.
Forum yang dihadiri kira-kira 3,000 mahasiswa itu turut menayangkan klip rakaman Perhimpunan Bersih 3.0.
Anarkisme menurut wikipedia berasal dari perkataan Yunani αναρχία yang bermaksud (hidup) tanpa “archons” atau tanpa pemerintah.
Perhimpunan BERSIH yang meniru budaya Arab Spring di Timur Tengah menjadikan jalan raya sebagai medan untuk menggugat kestabilan negara melalui slogan ‘Kuasa Rakyat‘.
Menurut laporan FMT, selain Ambiga, Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR juga turut dikecam SW1M berikutan kenyataannya tentang kebebasan beragama di gereja Full Gospel Tabernacle baru-baru ini.
“Inilah pejuang belia yang memperjuang kebebasan beragama,” kata Sharifah yang turut mengecam penulis buku Allah, Kebebasan dan Cinta, Irshad Manji.
“Mengapa tiada protes seks bebas?” soalnya sambil menyifatkan tema hak asasi manusia sebagai propaganda Barat.

http://www.anwaraidc.com

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*