SIAL BESAR Mat Jenin

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin berkata pendekatan politik kebencian dan janji bulan bintang pakatan pembangkang tidak mampu menembusi pemikiran rakyat khususnya pengundi di negeri itu untuk beralih sokongan kepada mereka.

Ini kerana tegas beliau orang Sabah mementingkan keharmonian, perpaduan serta agenda pembangunan untuk manfaat mereka seperti mana yang telah dilakukan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Justeru beliau menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mampu memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi parlimen di negeri itu pada pilihanraya umum akan datang.
“Dakwaan menang 16 kawasan parlimen itu tidak berasas umpama angan-angan Mat Jenin.[SINI]  Rakyat negeri ini tidak akan terpedaya dengan janji bulan bintang serta pendekatan politik kebencian yang dibawa pembangkang.
“Saya fikir dakwaan menang 16 kawasan itu hanyalah untuk memesongkan pemikiran rakyat di semenanjung. Rakyat Sabah kenal dan tahu siapa pemimpin pembangkang ini. Mereka adalah pemimpin bermusim yang selama ini hanya pandai bercakap dan berjanji kosong”, katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.
Pada masa yang sama beliau turut berkata kekuatan BN di negeri ini adalah kerana kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas, manifesto yang rasional di mana terkandung janji-janji yang mampu ditunaikan.
Malah katanya komponen BN itu sendiri yang terdiri dari parti pelbagai kaum menepati kehendak rakyat di negeri itu apatah lagi dengan konsep 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata memberi nilai tambah kepada kekuatan BN yang sedia ada.
“Ini resepi kekuatan kita yang tidak ada pada pembangkang. Malah kalau kita lihat pada pembangkang sampai sekarang pun tidak mampu bernaung di bawah satu logo. Ini kerana masing-masing ada agenda, perjuangan yang huru hara, tiada persefahaman dan kesepakatan.
“Rakyat Sabah tidak akan perjudikan nasib mereka pada pakatan yang tidak tentu hala ini”, ujarnya.
Mengenai tindakan beberapa pemimpin BN yang melompat keluar dari BN pula, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata keadaan itu tidak memberi kesan secara keseluruhan kepada BN negeri.
“Mereka yang lompat ini pun bukan berada dalam UMNO ketika UMNO ditubuhkan di Sabah. Ketika UMNO sudah kuat mereka ingin sertai kita dan kita sambut mereka dengan baik. Orang seperti ini memang suka melompat, rakyat pun tahu dan kenal mereka.
“Biarkan mereka terus melompat untuk mencuba nasib bagi mencapai agenda sebenar mereka. Apa yang berlaku tidak jejaskan kita malah kita lihat sebaliknya pembangkang terus berdepan kemelut hingga pembahagian kerusi pilihanraya pun masih tidak selesai”, katanya. Mengulas persiapan di Putatan pula beliau berkata jentera pilihanraya di kawasan itu sudah dipersiapkan sejak dua tahun yang lalu dan cukup bersedia untuk berdepan pilihanraya umum ke 13 nanti.
“Kerjasama dengan komponen BN juga cukup baik dan kita yakin mampu terus mempertahankan kerusi parlimen Putatan serta dua DUN iaitu DUN Tanjong Aru dan Petagas.
“Tiada apa masalah dan kita cukup bersedia untuk pertahankan kawasan-kawasan ini untuk terus kekal sebagai kubu kuat BN”, ujarnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*