Siapa Lagi Jika Bukan Anwar?

Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab sekiranya beliau mempunyai kaitan dengan insiden pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor menjanjikan kuasa autonomi kepada Sabah jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Warga dan Generasi Baru Felda Wilayah Segamat di Felda Tun Ghaffar Machap di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media asing mengenai pencerobohan di Lahad Datu, The Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas “jemputan” seorang ahli politik pembangkang Malaysia.


The Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk member autonomi kepada Sabah jika mereka menang.
Mohd Ali turut melahirkan penghargaan terhadap anggota keselamatan Negara atas kesanggupan mereka bergadai nyawa mempertahankan keamanan negara daripada pencerobohan pihak luar.

Beliau berharap pertumpahan darah itu dapat dihentikan dengan segera selain mengheret dalang di sebalik kekacauan itu ke muka pengadilan.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri Melaka akan melancarkan Tabung Lahad Datu, esok sebagai penghargaan kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden itu serta membantu meringankan beban penduduk kawasan tersebut.
“Kita akan cuba kumpulkan wang tunai seberapa yang boleh untuk disumbangkan kepada mangsa pencerobohan dengan kadar segera,” katanya
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*