Siapa Parti Komuni Malaya (PKM)?!

Aku semakin resah dengan apa yang berlaku di tanah air kita yang tercinta sejak akhir-akhir ini


kedudukan dan keistimewaan orang Melayu semakin dicabar, Islam semakin dihina, yang dulu wira dianggap musuh, yang dulu musuh kini dianggap wira!
benar, aku bercakap tentang Parti Komuni Malaya(PKM) yang kini mula digambarkan sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan ribuan anggota keselamatan dan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka sewaktu darurat dulu

Pimpinan_Markas_Besar

Bagi yang terlupa atau buat-buat lupa, sejarah PKM bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. PKM telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British untuk membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun.
Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.

komunis

Menurut ahli akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku “Red Star Over Malaysia” konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa (interregnum) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun.

Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar utama, gerila Cina yang dipimpin oleh pergerakan yang diterajui oleh Komunis iaitu MPAJA, keluar daripada hutan dan menguasai 70% kampung dan bandar-bandar kecil.
Mereka membalas dendam terhadap individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampung sehingga mewujudkan suasana kezaliman (reign of terror).
Di beberapa bahagian Semenanjung, orang Melayu bertindak balas sehingga ramai orang CIna terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai para ulama yang berjihad menentang musuh.
Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990?
Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM.
Seramai 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.
Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong.

Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut

Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut
Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain.
mangsa kekejaman Bukit Kepong

mangsa kekejaman Bukit Kepong

Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api.

Al-Fatihah...

Al-Fatihah…

Begitulah kejamnya Parti Komunis Malaya

Dan hari ini mereka dengan bangganya mengatakan bahawa mereka pejuang sejarah kerana matlamat mereka menyertai PKM kerana ingin menghalau penjajah British

aku boleh bersetuju dengan fakta itu, tetapi bagaimana pula dengan fakta kekejaman di atas?

buat PKM, terima kasih kerana cuba meyakinkan kami generasi muda yang anda adalah wira…tapi hanyir darah datuk dan moyang kami yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah berdaulat ini tidak akan hilang buat selama-lamanya

bahkan ia akan melekat pada tubuh dan tulang-temulang kami sebagai tanda yang kami tak mungkin lupa, dosa dan kezaliman yang dulunya tercipta

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*