Siapa yang mulakan huru-hara?


Mungkin ini julung – julung kali blog ini bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Si Nik Aziz berkaitan dengan insiden yang berlaku di Gombak semalam.
Memang tak mendatangkan untung lansung bagi mana – mana pihak untuk mengacau ganggu ceramah yang diadakan oleh parti Politik.
Jadi, apa yang berlaku semalam memang wajar dikecam oleh semua pihak. Tinggal lagi, Si Nik Aziz ni pun sama jugak dengan Semut. Dua – dua tak de ditempat kejadian.

Maka, kedua – dua pihak, sama ada Semut atau pun Si Nik Aziz tu tak de hak nak tuduh siapa yang memulakan pergaduhan semalam sebab dua – dua tak de ditempat kejadian.

Tapi, bagaimana pun Si Nik Aziz ni bukan sebarangan orang. Dia ada khasyaf yang cukup tinggi. Maka sebab itu dia boleh tuduh UMNO yang memulakan provokasi tersebut.
Soalnya, bagaimana mungkin Si Nik Aziz tu boleh membuat tuduhan sedemikian? Macam mana dia yang berada di Kelantan boleh tahu apa yang berlaku di Gombak?

Sama jugak macam insiden berkaitan dengan video seks Si Ketua Penipu tu dengan Chinadoll yang didedahkan sebelum ini dimana Si Nik Aziz tu tak tengok pun video tu.

Tapi, dia masih lagi dapat mengenal pasti bahawa individu dalam video tu BUKAN Si Ketua Penipu tu. Ha! Hebat tak Si Nik Aziz ni? Tinggi tak khasyaf dia?

Memang hebat beb. Kalau tak hebat macam mana dia boleh jadi Mursyidul Am PAS ye tak. Macam mana dia boleh menjanjikan sesuatu yang dia sendiri tak mampu nak bagi pada orang!!!

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR.

“Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?” kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.

[Lagi sini semut hitam]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*