Sila Anwar Saman Eskay

N SURENDRAN, Budak estet yang berjaya menjadi peguam kerana sistem pendidikan negara yang telus dan adil dibawah pemerintahan kerajaan BN, hari ini dengan megah mendakwa sesiapa juga yang bawa cerita bohong tentang Anwar akan disaman sampai muflis.


Kenyataan Surendran itu dibuat semasa memfailkan saman berjumlah RM 100 juta terhadap seorang blogger yang didakwa memfitnah Anwar berhubung penyebaran satu video klip yang menunjukkan perlakuan seks sejenis.
Dari cara ia diucapkan, seolah-olah Surendran pasti 100% bahawa apa jua kes saman membabitkan Anwar di Mahkamah akan dimenangi ketua pembangkang tersebut. Macam dia pulak hakim, walhal dia peguam saja pun. Tak tahulah kalau lain-lain kira di belakang dengan hakim kan.
Anwar tahu sajalah.
Tapi itu nantilah kita sembang, hari ini penulis lebih berminat nak merujuk kepada dakwaan terbaru Datuk Eskay Abdullah yang dibuat melalui rakannya Tan Sri Rahim Tamby Chik bahawa Anwar cuba menawarkan sejumlah wang yang banyak kepada Eskay supaya beliau menandatangani akuan bersumpah yang menafikan pembabitan Anwar dalam satu video seks dengan pelacur China.
Eskay, macam yang kita sedia maklum, sering terlepas dari tindakan undang-undang oleh Anwar. Selain beliau, ada juga ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, turut mendapat ‘imuniti’ dari disaman Anwar, tak kiralah apa yang dikatakan beliau mengenai Anwar, macam video di bawah:-
Persoalannya sekarang, bila Anwar nak saman semua orang tu?

Pandai pulak Anwar pilih-pilih nak saman orang mana satu ya. Walhal kalau nak diikutkan kepada damaging, besar juga dakwaan yang dibuat oleh orang-orang ini, tapi pelik, kenapa dia tidak saman?
Baru-baru ini pun ada seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes Anwar meliwat Saiful dulu bernama Yuktes Vijay tampil dengan cerita sebenar di sebalik kes tersebut, sepatutnya Anwar di dapati bersalah, tapi kerana kelemahan pegawai penyiasat, hakim berasa tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut, bukan sebab tak liwat.
Sekali lagi, bila Anwar nak saman Yuktes?
Jadi kesimpulannya, toksah Surendran nak temberang banyaklah. Setakat saman RM 100 juta, dapat RM 100 ribu (itupun belum tentu, silap-silap selesai luar Mahkamah), tak siapa pun yang boleh bankrap.
Lagipun, rakyat bukan bodoh nak nilai konsistensi Anwar dalam bab saman menyaman ni. Dengan orang ini cakap lain, dengan orang itu cakap yang lain pulak.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*