Sita Harta Norhayati, Anwar Pejam Mata (PM)!


Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.
Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah. – matkilaupenang
Daeng : Contoh kepimpinan anwar yang lupa menjaga kebajikan orang-orangnya, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia?Lepas ni satu Malaysia kena sita..Anwar ketawa besar…
Apa-apapun aku harap puan Norhayati menghayati kejadian ini yang sedikit sebanyak menunjukkan bertapa pucuk pimpinan PKR sendiri tidak pernah menghiraukan beliau..Kesian lak..Tengah bulan puasa nie..
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*