skandal pemilikan tanah seluas 10,526 ekar wujud

Ugutan Kor Ming Buktikan Skandal Tanah Di Kelantan Wujud –  Hamidah

Ugutan yang diterima Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berhubung tindakannya membongkar skandal pemilikan tanah di Kelantan yang membabitkan dua pemimpin DAP Perak membuktikan wujud kebenaran di sebalik dakwaan itu dan bukannya fitnah daripada UMNO seperti yang dilemparkan pihak pembangkang. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga kor Ming di Balai Polis Kg Rapat, sebentar tadi, Hamidah berkata, Kor Ming dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham semakin terdesak selepas skandal pemilikan tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang itu terbongkar dan mendapat liputan meluas media massa.


Tindakan Kor Ming mengeluarkan ugutan terhadapnya membuktikan skandal itu ada kebenarannya dan mereka berdua juga tidak tampil menafikan pembabitan mereka dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, katanya.
“Jika benar Koo Ham dan Kor Ming tidak ada kena-mengena dalam skandal ini, mereka harus menafikannya secara terbuka bahawa tanah dan saham syarikat itu bukan milik mereka.
“Tetapi, yang kita nampak mereka memutarbelit keadaan dan sehingga hari ini, mereka masih membisu atau menafikan perkara ini secara terbuka,” katanya.
Sementara itu, Hamidah berkata, laporan polis dibuat bagi menjamin keselamatan diri dan keluarganya selepas menerima ugutan daripada Kor Ming.
“Selepas skandal seks yang membabitkan Speaker, Datuk R Ganesan dibongkar pembangkang, maka hari ini saya terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarga saya daripada sebarang kemungkinan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, exco kanan Perak itu berkata, ugutan ‘you revealed, watch out I will go after you’ yang diungkapkan Kor Ming sama sekali tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus membongkar salah laku pembangkang di Perak.
“Kita lihat dua pemimpin kanan DAP ini begitu tertekan dengan pembongkaran skandal tanah di Kelantan dan Koo Ham misalnya dua hari tak masuk dewan dan reaksi wajah mereka juga tidak lagi ceria.
“Apa yang lebih mengejutkan, ada di kalangan wakil rakyat pembangkang yang lain datang berjumpa saya dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Ko Ham dan Kor Ming berhubung isu itu.
“Mereka berdua ini begitu rakus dan hipokrit kononnya mengamalkan tender terbuka dan apabila kita dedahkan skandal ini, rakyat boleh menilai sendiri bahawa dua pemimpin inilah yang mengawal segalanya dalam tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) berkuasa di Perak,” katanya.

UGUTAN INI YANG MENGESAHKAN klik : BUKTI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*