Skim Rumah Pertamaku


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri, berikutan had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.

“Had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku naik kepada RM5,000 dari RM3,000.
Lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri,” katanya dalam tweet terbarunya hari ini. Semalam, Cagamas SRP mengumumkan had pendapatan peminjam individu bagi Skim SRP akan berkuat kuasa Januari 2013.
Kenaikan berkenaan merupakan satu daripada kriteria kelayakan SRP yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tahun lepas.
Bagi peminjam bersama, had pendapatan telah dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan, tertakluk kepada pendapatan peminjam individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Surf sini lebih info : SRP

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*