SMS Hantu

Maklumat daripada Ibu pejabat UMNO mengesahkan bahawa Barisan Nasional dan UMNO tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk mewakili atau menghantar sebarang sistem mesej singkat (SMS) kepada kelompok pengundi di seluruh negara.

SMS yang dihantar kepada pengundi merupakan langkah pihak tertentu untuk menimbulkan perasaan kurang senang penerima SMS tersebut, apatah lagi SMS tersebut dihantar secara berulang kali.

Maka sehubungan dengan itu, Ibu Pejabat UMNO meminta semua pihak mengabaikan SMS terbabit yang dianggap sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk memburuk-burukkan imej UMNO dan Barisan Nasional.

Minta tolong disebarluaskan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*