Status IdhamCare/KPDA
Adakah KPDA ini mempunyai entiti berdafar tersendiri atau ia hanyalah sebuah projek dibawah IdhamCare?
Adakah IdhamCare sebuah NGO yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan? Sekiranya berdaftar, diharap dapat kiranya YB menyiarkan bukti pendaftaran Selain daripada YB sendiri yang menjadi Pengerusi IdhamCare dan isteri YB sebagai Timbalan Pengerusi, siapakah Ahli Lembaga Pengarah/Ahli jawatankuasa/Pemegang Amanah yang lain. Diharap dapat YB siarkan senarai pemegang jawatan dalam IdhamCare dan tarikh mereka dilantik kejawatan tersebut?
PengurusanBerapa ramaikah kakitangan yang digaji untuk mengurus projek yang bernilai RM5 juta ini?
Berapakah jumlah kos pengurusan yang terkumpul setakat ini?
Minta YB siarkan carta organisasi pengurusan KPDA
Permulaan kerja pembinaan diberitakan akan bermula pada 1 Mei 2012, tetapi hingga sekarang, tiada tanda-tanda ianya telah bermula. Apakah yang menyebabkan ianya tertangguh? rujuk http://kpdarulanwar.blogspot.com.au/2011/11/gambaran-keseluruh-kpda.html
Berapakah jumlah dana wakaf yang telah terkumpul setakat ini? Apakah ianya masih belum mencukupi?
Kami dimaklumkan menerusi risalah bahawa jumlah keluasan tanah yang akan dibangunkan ialah 4 ekar. Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa jumlah yang telah dibayar kepada tuan tanah hanyalah 2 ekar. Harap YB memberi penjelasan.
Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan promosi yang disiarkan dalam blog KPDA seperti dibawah.
“setiap pembelian lot wakaf akan menerima hadiah satu Quran digital.” (untuk Pakej 1).
Leave a Reply