Soalan Mudah Untuk Pembangkang!

Manifesto Pembangkang

Tak payah pembohonglah, sedarlah bahawa para pekerja tol, pekerja proton dan perodua serta pengusaha dan pekerja kedai kereta terpakai sangat marah dengan menifesto Pakatan Rakyat yang bukan setakat nak tabur pasir dalam periuk nasi mereka, tapi Pakatan Rakyat sudah hendak mengebom periuk nasi mereka. 

Jika tak boleh jawap boleh berjumpa DUKUN NON
Sila jawab persoalan ini jika beranilah, kalau penakut, gerenti tak berani jawab. 
Untuk dijawab oleh macai-macai Pakatan Rakyat:
1. Penghapusan tol.
Bagaimanakah dengan masa depan pekerjaan beribu-ribu pekerja tol di negara ini? Siapa yang akan tanggung makan minum mereka selepas mereka diberhentikan kerja kerana tol di lebuhraya di mansuhkan?

2. Pendidikan percuma. 
Apakah keuntungan kepada negara apabila pelajar yang main-main dalam pengajian di universiti hingga gagal dan dibuang dari kolej atau di universiti? 
Lihatlah kos pengajian untuk Diploma of Instrumentation and Control Engineering di Curtin Universiti Cawangan Sarawak adalah lebih RM 31,000.00, kalau tempoh 3 tahun, setahun sudah lebih RM 10,000.00, kalau setakat tahun kedua kena buang universiti, maka kerajaan sudah rugi RM 20,000.00, apa untungnya negara keadaan ini?
Itu baru kos untuk diploma, kalau ijazah pula, di UNITEN kos untuk ijazah adalah lebih RM 55,000.00, selalunya untuk empat tahun. Setahun kos lebih RM 13,000.00 kalau di tahun ketiga sudah gagal dalam pengajian kerana sibuk berpolitik macam Adam Adli dan Khalid Ismath, kerajaan sudah rugi RM 39,000.00. Apa untungnya negara keadaan ini? 
3. Pengagihan tanah Felda Plantation kepada generasi kedua dan pesara tentera. 
Tanah Felda Plantation ada lebih kurang 350,000 hektar. Jumlah generasi kedua sahaja pun lebih kurang 1 juta orang, pesara tentera saja sudah beratus ribu orang. Ambil purata jumlah generasi kedua Felda dan pesara tentera adalah 1.5 juta orang, dibahagikan tanah seluas 350,000 hektar, setiap orang hanya dapat lebih sedikit 0.2 hektar atau lebih sedikit 0.5 ekar, adakah ini ekonomik untuk dimajukan sebagai kebun sawit atau getah? 
Malahan hampir 50% tanah Felda Plantation berada di Sabah, sedangkan lebih kurang 70% generasi kedua Felda berada di Semenanjung, apakah adil untuk generasi kedua Felda di Semenanjung diberikan tanah Felda Plantations di Sabah sedangkan penduduk Sabah yang lain tak memperolehinya? 
Apakah rasionalnya hanya generasi kedua sahaja yang dapat, bagaimanakah dengan generasi ketiga? Di kawasan Felda seperti Lurah Bilut yang dibuka pertengahan dekat 1950an, di Kampung Awah di gugusan Jengka yang dibuka pada awal tahun 1960an, sudah ada generasi ketiga dan keempat, bagaimana dengan mereka ini, jika dicampurkan dengan mereka, maka jumlah mungkin hampir 2 juta orang. Kemudian bagaimana dengan pesara polis, mereka juga berjuang untuk keselamatan negara? Malahan pesara Felda sendiri yang bertungkus lumus memajukan Felda, apakah mereka ini tidak berguna pada pandangan Pakatan Rakyat? Pada hemat saya jika dicampurkan semua yang terlibat, mungkin mencecah 3 juta orang. Di manakah rasioanalnya mengagihkan 350,000 hektar tanah Felda Plantation kepada 3 juta orang yang mana setiap orang hanya dapat lebih sedikit 0.11 hektar sahaja, nak buat kegiatan ekonomi apa atas tanah seluas itu? 
Sila Pakatan Rakyat jawab pertanyaan ini untuk penjelasan rakyat samada menifesto PRU 13 Pakatan Rakyat ini untuk bantu rakyat atau sekadar nak menipu rakyat semata-mata? 
Tetapi apa yang jelas adalah  Barisan Nasional: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Sebuah Janji Ditepati. 
Tetapi,
Pakatan Rakyat : Menifesto Bukan Janji, Sekadar Nak Menipu Pengundi 
Oleh itu sedarlah rakyat Malaysia sekalian akan hakikat ini. Sekian, terima kasih. 
Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air. 
Terima Kasih 
Encik Mohamad. Nasionalis Melayu
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*